Make your own free website on Tripod.com
Pembangunan            

 
 
Pembangunan untuk meningkatkan kualiti hidup
    
    Kemajuan sains dan teknologi dipratikkan dari semasa ke semasa agar manusia dapat hidup dengan kualiti hidup yang lebih baik. Dalam usaha meningkatkan kualiti hidup, manusia menggunakan sumber semula jadi dan juga perlu mengubah alam sekitarnya. Pembangunan adalah satu proses fizikal yang merangkumi usaha manusia dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan kualiti hidupnya. Aktiviti-aktiviti pembangunan secara tidak langsung telah mempengaruhi keadaaan alam sekitar. Pembukaan tanah hutan untuk pertanian, seperti Rancangan Tanah Felda bertujuan untuk meningkatkan ekonomi sesebuah negara di samping memenuhi keperluan  tersebut.
 
    Pendapatan petani akan meningkat apabila hasil pertanian meningkat. Kawasan industri baru dibangunkan untuk menghasilkan pelbagai barangan keperluan manusia.Di Malaysia, industri dan teknologi maklumat sedang pesat berkembang. Kemajuan dalam industri dan pertanian memerlukan infrasrtruktur seperti lebuhraya dan jalanraya yang lebih baik. Lebuhraya akan memudahkan  pengangkutan hasil pertanian dan industri. Jarak antara dua tempat dapat didekatkan. Pembukaan tanah untuk kawasan perumahan terutama sekali di kawasan sekitar bandar adalah satu aktiviti manusia yang pesat dijalankan. Ini adalah untuk menampung pertambahan bilangan penduduk yang wujud apabila peluang pekerjaan ada akibat pertumbuhan ekonomi. Aktiviti perlombongan juga telah menyediakan banyak peluang pekerjaan. Malaysia kaya dengan sumber galian seperti bijih timah, petrolem dan kuprum. Galian-galian ini banyak menyumbankan kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Pertumbuhan industri yang pesat telah menyebabkan permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat. Penjana hidroelektrik dibina untuk menampung  permintaan yang meningkat. Air ditakung oleh empangan yang merupakan sumber tenaga yang murah. Empangan juga dibina di kawasan tadahan air untuk keperluan industri dan domestik.
 
 
Kesan terhadap kualiti alam sekitar akibat pembangunan tanpa pengurusan terancang.
 
    Pembangunan adalah untuk tujuan yang baik, namun pembangunan yang tidak terancang  akan membawa kesan buruk seperti banjir, perubahan iklim, dan pencemaran. Banjir sering berlaku di Malaysia. Banjir boleh memusnahkan tanaman, harta benda dan nyawa. Tanah di kawasan-kawasan tadahan air  memerlukan perlindungan yang lazimnya disediakan oleh pokok. Ini adalah penting untuk mengelakkan banjir kerana penyerapan air oleh akar pokok boleh mengawal saliran  air di permukaan. Pembangunan dan pembalakan menjejaskan sistem saliran air ini. Hakisan tanah terdedah yang disebabkan oleh perlombongan akan mencetekkan sungai dan menyebabkan berlakunya banjir. Bahan pepejal seperti debu dan habuk di atmosfera pula akan memantulkan tenaga haba dari matahari. Pembangunan tidak terancang boleh mengubah kandungan karbon dioksida dan bahan pepejal di atmosfera. Peningkatan suhu atmosfera akan mempengaruh9i keadaan angin. Akibatnya, taburan hujan dipengaruhi dan hal ini telah memberi kesan ke atas iklim. 
 
    Pokok yang ditebang secara meluas akan mendedahkan bumi kepada agen-agen hakisan. Di Malaysia, hujan merupakan agen utama yang melinggarkan struktur tanih dan seterusnya mengakibatkan hakisan. Perlombongan juga akan mendedahkan tanah kepada hakisan. Hakisan akana mengubah rupa bentuk fizikal sesuatu kawaasan dan mengganggu ekosistemnya. Salah satu lagi kesan pembangunan ialah pencemaran. Semua pembangunan yang tidak terancang akan mengubah kualiti alam sekitar. Hakisan tanah menambahkan  kelodak dalam sungai. Sisa pepejal, cecair dan gas daripada kilang-kilang mencemarkan udara dan air. Kuari pula menghasilkan debu, perlombongan pula  menghasilkan sisa logam beracun dalam sungai atau kolam. Kawsasan pembinaan, kilang-kilang, dan kenderaan merupakan punca pencemaran bunyi. Kesimpulannya, perancangan sesuatu projek pembangunan untuk meningkatkan kualiti hidup adalah amat penting dan harus dijalankan dengan teliti dan teratur supaya alam sekitar dapat dijaga.