Pencemaran                   

 

 

Pencemaran ialah perubahan alam yang tidak diingini disebabkan oleh pembebasan berbagai-bagai jenis bahan pencemar alam. 

Pencemaran Air

Pencemaran air berlaku apabila bahan kotoran sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sehingga sumber air itu tidak dapat diguna oleh kaum manusia dan organisma akuatik.

 Bahan yang boleh mencemarkan air: 

  • Bahan buangan industrian
    -Wujud dalam bentuk
    A)pepejal inorganik:sebatian fosforus & nitrogen
    B)Logam berat toksik:merkuri & plumbum
    C)Bahan sisa radioaktif
    D)Sebatian organik
  • Penyakit minamata:- 

  • berlaku pada 1950-an di Jepun 
  • Ikan di Teluk Minamata yang dicemari merkuri dimakan penduduk tempatan 
  • lebih daripada 40 orang mati 
  • Pencemaran Udara

    Pencemaran udara diakibatkan oleh panambahan bahan pencemar seperti gas,debu dan asap ke atmosfera.Keadaan ini menyebabkan gangguan dan kehidupan manusia ,haiwan,tumbuhan dan harta benda kita.Tambahan pula,iklim dunia juga terganggu. 

    Antara bahan pencemar,gas karbon dioksida merupakan bahan pencemar utama di negara kita(Laporan Sahabat Alam Sekitar M'sia-1984) 

    Punca utama pencemaran udara termasuklah: 

  • Kilang perindustrian 
  • Kenderaan bermotor 
  • Pambakaran 
  • Penjanaan kuasa elektrik 
  • Kegunaan bahan agrokimia inorganik 
  • Asap yang mengandungi zarah karbon adalah bahan pencemar alam yang paling ketara.Apabila karbon banyak terdapat di atmosfera,wap air terkondensasi pada cuaca sejuk dan membentuk asbut 

    PolusiPolusi udara yang berlaku. 

    Oksida nitrogen terhasil daripada pembakaran bahan api dalam kenderaan bermotor atau kilang pada suhu yang tinggi.Selain itu,ia juga terhasil secara semulajadi semasa ribut petir dan tindakan bakteria dalam tanah. 

    Oksida sulfur pula wujud apabila pembakaran bahan api yang muengandungi sulfur berlaku. 

    Gas yang berasid bertindakbalas dengan oksigen dan air untuk membentuk asid.

      

    Pencemaran Terma

    Pencemaran terma ataupun haba tidaklah sebegitu ketara dalam era ini. Pencemaran jenis ini adalah perubahan atau peningkatan suhu sungai dan udara sekitar khasnya akibat aktiviti manusia.Puncanya yang utama merupakan: 
  • Kilang
    Kilang sering kali mengalirkan air panas yang digunakan ke dalam sungai. Keadaan ini telah menyebabkan suhu air sungai meningkat dan ia tidak lagi sesuai berfungsi sebagai habitat untuk hidupan akuatik,kerana kandungan oksigen juga berkurangan dan menambahkan kadar metabolisme hidupan akuatik. 
  • Bangunan bercermin
    Cermin yang berfungi sebagai dinding, menyerap haba dan memantulkannya ke dalam atmosfera lalu memanaskan suhu sekitar. 
  • Bandar raya yang pesat membangun
    Bangunan yang tinggi dan rapat dengan satu sama lain memerangkapkan selapisan udara yang berhabuk dan berkepekatan karbon dioksida yang tinggi. Udara ini pula menjadi penebat haba dan suhu kemudiannya meningkat. 
  • Stesen penjanaan kuasa elektrik
    Stesen ini menghasilkan haba yang banyak dan selalunya didirikan di tebing sungai untuk dibekalkan air sungai untuk menyejukkannya.Dengan itu,suhu air sungai meningkat. 
  • Pencemaran Bunyi

    Pencemaran bunyi wujud hanya apabila bunyi yang berlebihan menganggu keselesaan hidup.Pencmearan jenis ini berhubung rapat dengan kemajuan industri dan pertambahan bilangan kenderaan in jalan raya. 

    Keamatan bunyi di sukat dalam unit desibel(dB) yang menggambarkan kadar tenaga bunyi menembusi satu unit luas.Frekuensi yang selesa didengar oleh manusia ialah 500-2000 Hz manakala keamatan bunyi yang selesa pula ialah 60dB. 

    Bunyi yang berkeamatan tinggi sehingga 85dB dan frekuensi lebih daripada 400 Hz dapat memberi kesan kepada pendengaran seseorang.Misalannya,seseorang itu mungkin mengalami kepekakan sementara atau kekal.Selain itu,ia juga menimbulkan gangguan emosi dalam seseorang dan dapat meninggikan tekanan darah seseorang. 

    Bunyi-bunyi yang dapat memberi kesan sedemikian ialah: 

  • Roket-140dB
  • Kapal terbang-130dB
  • Lori-100dB
  • Kilat-115dB
  • Pengorek tanah-90dB
  • Kesan Pencemaran

    Satellite
    Imej Satelit lubang ozon di atas Antartika pada 1 Oktober 1991

     ozone

    Imej Satelit penipisan ozon di atas Paksi Selatan pada Oktober 1979 hingga Oktober 1990