Make your own free website on Tripod.com

Kualiti Alam Sekitar

Introduksi 
 
    Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan  dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan  keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.
 
Graphic.
 
Isu-isu semasa
 
    Populasi manusia yang kian meningkat pada penghujung kurun ini telah  membawa kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti perindustrian dan pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin serius dan telah diikitiraf sebagai  masalah seduania dan telah dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Isu-isu yang dibincangkan termasuklahBEEPPencemaran Aktiviti-aktiviti manusia kini yang hidup dengan kemajuan sains dan teknologi serta mementingkan pembangunan ekonomi merupakan punca pencemaran yang utama. Pencemaran mengubah persekitaran sehingga keseimbangan alam terjejas. Then LINK to Pencemaran BIg topic
 
Kesan Rumah Hijau
 
Graphic
 
    Kesan rumah hijau merupakan suatu fenomena pemanasan bumi. Sinar ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya akan dipantul semula ke angkasa lepas oleh atmosfera,sebahagian lagi pula akan sampai ke bumi untuk memanaskan bumi. Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah.  Tidak semua tenaga haba ini akan menembusi atmosfera. Kebanyakan tenaga haba ini akan diserap oleh gas-as di atmosfera contohnya gas karbon dioksida, karbon monoksida, klorofluorokarbon dan metana. Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas. Pertambahan gas-gas yang mencemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida juga telah memerangkap haba dan menaikkan suhu. Pertambahan karbon dioksida disebabkan oleh pembakaran bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan gas asli. Pertambahan yang berterusan ini, jikalau tidak dikawal dijangka akan meningkat 15 bahagian per juta setiap 10 tahun. Graf Kesan rumah hijau ini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Air di lauran dan sungai akan menjadi panas dan lebih mudah tersejat.  Tanah-tanah terutamanya di hemisfera utara dan latitud tengah akan menjadi lebih kering. Atmosfera akan menjadi lebih panas. Arah angin pula akan berubah dan menyebabkan kejadian ribut kerap berlaku. TAburan hujan yang tidak seragam juga akan berlaku sehingga mengakibatkan kemarau, akibat pemanasan bumi yang tidak sekata. Aras laut akan naik dan banjir sedunia akan berlaku kerana bongkah-bongkah ais di kutub Utara dan kutub Selatan akan cair. Kejadian-kejadian yang akan berlaku mengancam kehidupan manusia serta hidupan-hidupan lain. Kejadian-kejadian itu akan mengganggu aktiviti-aktiviti seperti pertanian, perikanan dan bekalan air. Pertambahan penduduk dunia juga akan meningkatkan penggunaan tenaga. Permintaan terhadap bahan api fosil dan bekalan tenaga elektrik akan bertamnah, lebih banyak akan ditebang dan dibuka dan kawasan perindustrian semakin banyak. Kesemua aktibiti ini akan mengakibatkan penambahan kuantiti gas rumah hijau di atmosfera dan seterusnya meningkatkan suhu bumi. Penipisan lapisan ozon Atmosfera boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ozon ialah sejenis gas  yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang terletak di lapisan Stratosfera bumi. Lapisan ozon merupkan  satu perisai semula jadi bumi dengan menyerap sinar ultraungu yang berbahaya. Lapisan ozon adalah sangat penting untuk  keseimbangan cuaca dunia. Ozon dibentuk apabila molekul oksigen terurai kepada atom oksigen dengan kehadiran sinar ultraungu, atom oksigen bebas ini akan bertindak balas dengan molekul oksigen dan membentuk molekul ozon dengan kehadiran gas nitrogen. Formula Walaupun begitu, ozon boleh terurai kepada molekul oksigen oleh oksida nitrogen yang dibebaskan oleh kapal terbang supersonik atau atom klorin dari sebatian CFC (kluorofluorokarbon). Kluorofluorokarbon atau juga dikenali sebagai freon ini merupakan satu sebatian yang digunakan oleh pendingin hawa dan peti sejuk. Tindak balas antara atom klorin dengan ozon akan mengembalikan  oksida nitrogen dan atom klorin ke atmosfera setelah memusnahkan molekul ozon. Jadi, lapisan ozon semakin nipis. Kebocoran pada lapisan ozon telah dikesan di kawasan Antartika pada tahun 1985, di Artik pada tahun 1987 dan sekarang di Australia pula. CFC bukan sahaja memusnahkan lapisan ozon, molekul CFC berupaya menyerap haba 20000 kali ganda lebih baik daripada satu molekul  karbon dioksida. Urbanisasi Urbanisasi merupakan proses pembandaran sesebuah kawasan dengan menjadikan kawasan itu kawasan perbandaran. Urbanisasi akan membawa kepada pertambahan penduduk akibat imigrasi penduduk luar bandar ke bandar. Apabila terdapat banyak penduduk, kegiatan-kegiatan ekonomi berkembang, banyak tanah baru  akan dibuka untuk menempatkan rumah, bangunan dan kilang. Pembinaan-pembinaan yang berleluasa akan menyebabkan pencemaran air, udara dan bunyo. Penduduk lebihan yang kian bertambah pula akan mewujudkan kesesakan dan kawasan setinggan. Keseimbangan ekologi semula jadi akan terganggu apabila jalanraya dan bangunan dibina di kawasan hutan yang dibuka. Keh
 
Do Tahukah anda?
 
Pengertian dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti
 
    Alam sekitar merupakan penampung keperluan hidupan dengan membekalkan sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam sekitar yang dapat memenuhi kesemua keperluan hidupan ini dengan bail dan pencemaran adalah pada paras yang minimum. Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya, udara  perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan  mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit yang  menyerang sistem respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel adalah air. Air sungai yang dicmeari  dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian. Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu memastikan kewujudan alam sekitar yang berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar yang bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang.
Keseimbangan antara pengurusan alam sekitar dengan kepentingan ekonomi dan pembangunan. Kegiatan-kegiatan ekonomi dan pembangunan manusia, seperti menangkap ikan dan membalak adalah untuk meningkatakan taraf hidupnya. Kegiatan ini  melibatkan perubahan kepada alam semula jadi di sekeliling, sesuai dengan kehendaknya. Manusia harus tahu merancang untuk mengawal dan mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitarnya. Sumber bumi yang kaya ini boleh dikelaskana kepada dua, iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber yag boleh diperbaharui adalah sumber yang boleh dihasilkan atau diwujudkan kembali di alam semula jadi dalam tempoh yang singkat. Hasil  laut seperti kupang, ikan dan rumpai air merupakan satu contoh hidupan yang boleh diperoleh sepanjang masa. Kayu balak dan rotan mengambil masa yang lebih untuk pertumbuhan, larangan ke atas penggunaan pukat harimau, dan galakan terhadap aktiviti penanaman semula balak dan rotan di  Malaysia adalah contoh usaha yang diambil untuk memulihkan amal semula jadi. Sumber yang tidak boleh diwujudkan kembali melalui kegiatan manusia dpanggil sumber yang tidak boleh dikembalikan semula. Sumber yang tidak boleh dikembalikan adalah seperti petroleum dan bijih timah. Kegiatan ekonomi sumber ini perlu  dikawal atau dihadkan agar ia tidak kehabisan dalam jangka waktu yang singkat. Kegitan perlombongan di permukaan bumi menghasilkan sisa logam seperti  plumbum yang boleh mencemarkan sungai. Permukaan bumi menjadi terdedah kepada agen hakisan. Kawasan lapang yang berpasir akan wujud dan kawasan ini akan menjadi tidak subur dan menakung air. Usaha boleh dijalankan untuk memulihkan kawasan seperti ini kepada kawasan rekreasi seperti Taman Tasik Perdana dan Sunway Lagoon di Kuala Lumpur, Malaysia. Industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan menghasilkan sisa yang  toksik dan berbahaya. Sisa ini mendatangkan risiko yng tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti  Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan  pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cra yang selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesit mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang  unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.