Ciri-ciri Perisian          
 
Bahasa  Pengaturcaraan
Perisian ini merupakan satu prototaip sebagai cadangan dan pandangan bagaimana perisian
komputer dapat membantu dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini menggunakan
bahasa pengaturcaraan terbaru yang memanfaatkan teknologi internet dan bahasa pengaturcaraan
yang baru ini  mudah dipelajari, universal dari segi pletform dan tidak menggunakan banyak
kod untuk menghasilkan sesuatu perisian. Di samping itu, dengan penggunaan bahasa pengaturcaraan ini, perisian ini dapat dihantar melalui internet kepada pelajar-pelajar dengan mudah. Tambahan lagi, bahasa pengaturcaraan jenis ini adalah sesuai sekali untuk menyampaikan maklumat, tidak seperti bahasa pengaturcaraan komersil lain. Bahasa pengaturcaraan yang 
digunakan ialah HTML 3.0 dan Java™script. Walau bagaimanapun, sedikit BASIC dan C++
masih digunakan untuk menu dan setup.
 
Objektif Perisian
Sebagaimana yang dicadangkan oleh tajuk perisian ini, iaitu Pelita Biologi!, perisian ini bertujuan untuk mendidik dan menyampaikan maklumat kepada penggunanya tentang topik biologi yang
dipersembahkan, iaitu Pengurusan Alam Sekitar. Perisian ini diharap dapat menyampaikan topik
ini dengan cara yang paling menarik dan efektif. Jadi, teknologi multi-media diterapkan dalam perisian ini, contohnya, penggunaan gambar-gambar illustrasi, filem pendek, bunyi dan penerangan,
dan antaramuka yang interaktif. 
 
Ciri-ciri Perisian
 

 

Kredit

Pengkodan, Grafik, Multimedia dan Isi : Brain Chin Vito

Nota-nota, Grafik, HTML : Evelyn Ong E-lynn

JuruBahasa dan Pengulas : Marlina Amin

Guru Penasihat: Ng Cher Luang