Make your own free website on Tripod.com

Kualiti Alam Sekitar 

Do Tahukah anda?
 
Pengertian dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti
 
    Alam sekitar merupakan penampung keperluan hidupan dengan membekalkan sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam sekitar yang dapat memenuhi kesemua keperluan hidupan ini dengan bail dan pencemaran adalah pada paras yang minimum. Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya, udara  perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan  mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit yang  menyerang sistem respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel adalah air. Air sungai yang dicmeari  dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian.
    Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu memastikan kewujudan alam sekitar yang berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar yang bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang.
Keseimbangan antara pengurusan alam sekitar dengan kepentingan ekonomi dan pembangunan. Kegiatan-kegiatan ekonomi dan pembangunan manusia, seperti menangkap ikan dan membalak adalah untuk meningkatakan taraf hidupnya. Kegiatan ini  melibatkan perubahan kepada alam semula jadi di sekeliling, sesuai dengan kehendaknya. Manusia harus tahu merancang untuk mengawal dan mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitarnya. Sumber bumi yang kaya ini boleh dikelaskana kepada dua, iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber yag boleh diperbaharui adalah sumber yang boleh dihasilkan atau diwujudkan kembali di alam semula jadi dalam tempoh yang singkat. Hasil  laut seperti kupang, ikan dan rumpai air merupakan satu contoh hidupan yang boleh diperoleh sepanjang masa. Kayu balak dan rotan mengambil masa yang lebih untuk pertumbuhan, larangan ke atas penggunaan pukat harimau, dan galakan terhadap aktiviti penanaman semula balak dan rotan di  Malaysia adalah contoh usaha yang diambil untuk memulihkan amal semula jadi. 
    Sumber yang tidak boleh diwujudkan kembali melalui kegiatan manusia dpanggil sumber yang tidak boleh dikembalikan semula. Sumber yang tidak boleh dikembalikan adalah seperti petroleum dan bijih timah. Kegiatan ekonomi sumber ini perlu  dikawal atau dihadkan agar ia tidak kehabisan dalam jangka waktu yang singkat. Kegitan perlombongan di permukaan bumi menghasilkan sisa logam seperti  plumbum yang boleh mencemarkan sungai. Permukaan bumi menjadi terdedah kepada agen hakisan. Kawasan lapang yang berpasir akan wujud dan kawasan ini akan menjadi tidak subur dan menakung air. Usaha boleh dijalankan untuk memulihkan kawasan seperti ini kepada kawasan rekreasi seperti Taman Tasik Perdana dan Sunway Lagoon di Kuala Lumpur, Malaysia. Industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan menghasilkan sisa yang  toksik dan berbahaya. Sisa ini mendatangkan risiko yng tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti  Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan  pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang  unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.    
Kembali...