Kawalan dan Perlindungan Kualiti Alam Sekitar  
 
 
Masalah yang sering timbul dengan pertumbuhan ekonomi dan industrisasi ialah pemusnahan alam sekitar.Dalam mengejar cita-cita materialistik manusia ,manusia seringkali mengancam keselamatan alam sekitar.Dalam negara kita,kualiti alam sekitar telah dikawal dari segi :-
 
Perundangan
Undang-undang dan akta-akta telah digubal dan dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia.Antaranya ialah: 
a)Akta Perhutanan Negara,1984
b)Akta Kilang dan Jentera 1967,1983(disemak semula) 
c)Akta Kualiti Alam Sekitar,1974,1985(pindaan) 
d)Alta Racun Perosak,1974
 
Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam  Sekitar.Terdapat 5 peraturan yang utama:
a)Peraturan Kualiti Alam Sekitar(kumbahan dan Efluen Perindustrian,1979)   menagawal pembuangan bahan buangan perindustrian dan domestik.
b)Peraturan Kualiti Alam Sekitar(Udara Bersih 1978) bertugas mengawal    pembebasan asap dan bahan pencemar udara dari kilang. 
c)Peraturan Kualiti Alam Sekitar(Kawalan Kepekatan Plumbum dalam gasolin    motor 1985)pula berperanan untuk mewajibkan pengusaha dan pengimport    petrol supaya menurunkan kandungan plumbum dalam petrol. 
d)Peraturan Kualiti Alam Sekitar(Minyak Kelapa Sawit Mentah 1977)   mengawal pembuangan sisa kelapa sawit ke dalam air persekitaran.
e)Peraturan Kualiti Alam Sekitar(Getah Asli Mentah 1978)yang meangawal    pembuangan sisa getah ke dalam air.
 
Peraturan Kualiti Alam Sekitar mementingkan pengekalan kualiti alam sekitar, pengekalan khazanah asli negarra,kesan pertambahan populasi dan aktiviti  manusia atas alam dan hubungan antara faktor sosial,ekonomi dan  kebudayaan negara.Akta perhutanan negara digubal untuk melindungi dan memelihara hutan dan  hidupan liar.Akta Kilang dan Jentera melindungi pekerja daripada pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat.Akta Racun Perosak pula mengawal penggunaan racun supaya tidak mencemarkan  alam secara melampau.
 
Penggunaan Teknologi Moden
    Teknologi yang moden dapat membantu kita dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Misalannya,tumpahan minyak boleh dibersihkan dengan alat penyedut yang  canggih dan bahan kimia detergen.Namun,kosnya adalah sangat tinggi.Sisa organik  pertanian yang merupakan bahan pencemar boleh diproses untuk menghasilkan  biogas dan digunakan sebagai bahan api.Sisa kilang kelapa sawit(POME)juga boleh  diproses menjadi baja untuk digunakan dalam pemuliharaan tanah gondol. Penapis juga telah dicipta oleh saintis untuk dipasang pada eksos kereta  untuk mencegah pembebasan bahan pencemar.Cerobong di kilang juga dipasang penapis yang mengurangkan pelepasan bahan  pencemar ke persekitaran.
 
Pendidikan
    Cara paling berkesan untuk mengekalkan kualiti alam sekitar ialah melalui  pendidikan.Semua golongan masyarakat dididik tentang kepentingan melindungi kualiti alam sekitar.
Untuk mencapai matlamat ini,pendidikan jenis ini telah ditumpukan kepada  pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.Pendidikan ini menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan perkembangan  negara dari semua aspek.
 
    Unit pendidikan khas telah dibentuk untuk membuat lawatan ke sekolah di  seluruh negara untuk memberi ceramah,tayangan filem,dan pertunjukan slaid  mengenai hidupan alam semulajadi.
Selain itu,orang ramai juga terdedah dengan adanya kempen,ceramah, penerangan oleh media massa yang sentiasa dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta.
 
    Sambutan masyarakat terhadap langkah-langkah yang diambil adalah baik.Pelbagai kempen tentang alam sekitar telah dijayakan oleh rakyat sendiri.Antaranya  ialah program kempen mengumpul bahan yang boleh dikitar semula.
 
    Kegiatan menjaga kepentingan alam dijalankan oleh agensi antarabangsa dan  agensi tempatan misalannya,Dana Sedunia Alam Semulajadi(WWF),Gabungan  Persatuan Pengguna(FOMCA) dan Persatuan Pencinta Alam dan Sahabat Alam Malaysia.