Kualiti
Alam Sekitar
Do Tahukah anda?
Pengertian dan kepentingan alam sekitar
yang berkualiti
Alam sekitar merupakan penampung keperluan hidupan
dengan membekalkan sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar
yang berkualiti pula ialah alam sekitar yang dapat memenuhi kesemua keperluan
hidupan ini dengan bail dan pencemaran adalah pada paras yang minimum.
Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang
berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara
hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan
buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya, udara
perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar
akan mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit
yang menyerang sistem respirasi. Air yang bersih juga penting untuk
kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel adalah air. Air sungai
yang dicmeari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan
habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian.
Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu
memastikan kewujudan alam sekitar yang berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab
setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar yang bersih
sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi
akan datang.
Keseimbangan antara pengurusan alam sekitar dengan kepentingan ekonomi
dan pembangunan. Kegiatan-kegiatan ekonomi dan pembangunan manusia, seperti
menangkap ikan dan membalak adalah untuk meningkatakan taraf hidupnya.
Kegiatan ini melibatkan perubahan kepada alam semula jadi di sekeliling,
sesuai dengan kehendaknya. Manusia harus tahu merancang untuk mengawal
dan mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitarnya. Sumber bumi yang
kaya ini boleh dikelaskana kepada dua, iaitu sumber yang boleh diperbaharui
dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber yag boleh diperbaharui
adalah sumber yang boleh dihasilkan atau diwujudkan kembali di alam semula
jadi dalam tempoh yang singkat. Hasil laut seperti kupang, ikan dan
rumpai air merupakan satu contoh hidupan yang boleh diperoleh sepanjang
masa. Kayu balak dan rotan mengambil masa yang lebih untuk pertumbuhan,
larangan ke atas penggunaan pukat harimau, dan galakan terhadap aktiviti
penanaman semula balak dan rotan di Malaysia adalah contoh usaha
yang diambil untuk memulihkan amal semula jadi.
Sumber yang tidak boleh diwujudkan kembali melalui
kegiatan manusia dpanggil sumber yang tidak boleh dikembalikan semula.
Sumber yang tidak boleh dikembalikan adalah seperti petroleum dan bijih
timah. Kegiatan ekonomi sumber ini perlu dikawal atau dihadkan agar
ia tidak kehabisan dalam jangka waktu yang singkat. Kegitan perlombongan
di permukaan bumi menghasilkan sisa logam seperti plumbum yang boleh
mencemarkan sungai. Permukaan bumi menjadi terdedah kepada agen hakisan.
Kawasan lapang yang berpasir akan wujud dan kawasan ini akan menjadi tidak
subur dan menakung air. Usaha boleh dijalankan untuk memulihkan kawasan
seperti ini kepada kawasan rekreasi seperti Taman Tasik Perdana dan Sunway
Lagoon di Kuala Lumpur, Malaysia. Industri yang berasaskan pertanian dan
pengilangan menghasilkan sisa yang toksik dan berbahaya. Sisa ini
mendatangkan risiko yng tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan
dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk
mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan
ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu
dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti
ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan
yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran
perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti
mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan
diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam
sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan
ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia
semata-mata.
Kembali...